Pengantin terima mas kahwin rumah 3 tingkat, kereta, wang RM25,500

Pengantin terima mas kahwin rumah 3 tingkat, kereta, wang RM25,500

Pengantin terima mas kahwin rumah 3 tingkat, kereta, wang RM25,500
Pasangan pengantin dinikahkan dalam satu majlis sederhana. – Instagram

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Depok, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menerima mas kahwin terdiri daripada beberapa barangan dengan nilai lumayan, lapor portal berita Wolipop semalam.

Pengantin bernama Wulandari S. itu menerima mas kahwin berupa emas 500 gram, sebuah rumah tiga tingkat, sebuah kereta Toyota Fortuner, kelengkapan peralatan solat dan wang tunai 100 juta rupiah (RM25,500) yang dibayar secara tunai.

Dalam satu video tular di media sosial, pasangan tersebut dinikahkan dalam majlis sederhana yang turut dihadiri ahli keluarga dan jiran tetangga.

Namun, tetamu kemudian dilihat menunjukkan ekspresi wajah terkejut apabila mereka mendengar butiran mas kahwin yang disbut oleh pengantin lelaki, Yusa.

“POV: Mas kahwin yang wajib didengari jiran tetangga,” kata keterangan video itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Ngeri juga kedengaran mas kahwinnya,” kata seorang netizen.

“Jiran terus jadi ‘panas’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Pengantin terima mas kahwin rumah 3 tingkat, kereta, wang RM25,500

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker