Pemandu tersepit, kereta rempuh 2 kenderaan parkir tepi jalan

Pemandu tersepit, kereta rempuh 2 kenderaan parkir tepi jalan

Pemandu tersepit, kereta rempuh 2 kenderaan parkir tepi jalan
Anggota bomba membuat pemeriksaan lanjut terhadap sebuah kereta yang terbabas dan melanggar dua kereta lain diparkir di bahu jalan di depan Hospital Seberang Jaya, Butterworth pagi tadi. Foto ihsan bomba Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh dua kenderaan diparkir di bahu jalan di hadapan Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga FLX, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi kemalangan jam 8.43 pagi untuk mengeluarkan mangsa.

“Bagaimanapun, apabila anggota bomba tiba mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan dibawa ke HSJ bagi menerima rawatan susulan.

“Kemalangan ini membabitkan tiga kereta, namun tidak ada pemandu atau penumpang dalam kedua-dua kenderaan yang diparkir di bahu jalan itu ketika kemalangan berlaku,” katanya kepada media, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


John Sagun berkata, anggota bomba kemudian mengalihkan kenderaan terbabas dan membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan sebelum operasi tamat pada jam 8.59 pagi.

Pemandu tersepit, kereta rempuh 2 kenderaan parkir tepi jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker