Messi kembali perkasa Argentina
Messi kembali perkasa Argentina

Buenos Aires: Lionel Messi kembali menjalani latihan bersama skuad Argentina selepas dibenarkan bermain untuk Inter Miami dalam perlawanan MLS menentang Atalanta pada Sabtu lalu.
Pemain berusia 38 tahun itu dipanggil oleh pengurus Argentina, Lionel Scaloni, untuk perlawanan menentang Venezuela dan Puerto Rico.
Namun, kapten pasukan itu tidak tersenarai dalam skuad ketika menang 1-0 ke atas Venezuela pada Jumaat di Stadium Hard Rock, Miami selepas Scaloni mendedahkan beliau sendiri yang membuat keputusan untuk merehatkan Messi.
Dalam situasi yang jarang berlaku, Messi diberikan kebenaran khas oleh pihak Argentina untuk beraksi dalam perlawanan kedua terakhir musim biasa MLS bersama Miami, ketika pasukan itu berjuang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Persidangan Timur bagi memastikan kelebihan beraksi di laman sendiri pada saingan playoff.
Awal minggu itu, jurulatih Miami, Javier Mascherano, berkata beliau menyambut baik peluang untuk Messi bermain pada Sabtu antara dua aksi persahabatan Argentina, namun mengakui ketika itu beliau belum pasti sama ada ia akan dibenarkan atau tidak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Messi menjaringkan gol pembukaan ketika Miami menang 4-0, kemenangan yang menjadi perlawanan terakhir kelab itu di Chase Stadium. Miami dijangka berpindah ke gelanggang baharu mereka, Miami Freedom Park, pada 2026.
Pemenang lapan kali anugerah Ballon d’Or itu dijangka kembali beraksi di Stadium Chase bersama skuad Argentina menentang Puerto Rico esok selepas kembali menyertai pasukan kebangsaan.
“Perlawanan ini akan menjadi sebahagian daripada persiapan bagi komitmen akan datang dan membolehkan barisan kejurulatihan memperhalusi beberapa aspek penting,” kata pasukan Argentina dalam satu kenyataan.
“Kepulangan Leo mencetuskan keterujaan besar dan menjanjikan suasana yang luar biasa bagi cabaran antarabangsa seterusnya.”
Messi kembali perkasa Argentina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.