Lelaki ditahan tunggang motosikal secara cuai, tumbuk anggota polis
Lelaki ditahan tunggang motosikal secara cuai, tumbuk anggota polis
SHAH ALAM : Seorang penganggur ditahan selepas menunggang motosikal secara cuai serta mencederakan seorang anggota polis ditahan di Jalan Mempelam, Taman Gembira, Klang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 28 tahun itu menunggang motosikal secara melulu dan bergesel dengan sebuah kereta Toyota Rush dipandu lelaki tempatan berusia 55 tahun.
Katanya, pengadu kemudian berhenti untuk memeriksa kerosakan sebelum berlaku pertengkaran mulut antaranya dan suspek.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan membaling tin minuman keras ke arah pengadu, namun sempat mengelak. Pengadu kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
“Sebaik menyedari kehadiran kereta peronda polis, suspek cuba melarikan diri menggunakan motosikalnya dan hampir melanggar pengadu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Ketika tangkapan dilakukan, berlaku pergelutan dan suspek menumbuk seorang anggota polis di bahagian muka. Suspek akhirnya berjaya ditahan dan motosikalnya dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil semakan suspek yang tidak bekerja mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menunggang motosikal secara gopoh atau cuai di jalan awam serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.
“Pegawai penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
“Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Lelaki ditahan tunggang motosikal secara cuai, tumbuk anggota polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.