Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting

Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting

Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi (dua, kanan) bersama Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Datuk Mohd A Aruwan Abd Aziz (kanan) melakukan rondaan pada Operasi Pemantauan Sempadan bersama MKN di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor. – Foto BERNAMA

TUMPAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengenal pasti 10 lokasi panas aktiviti penyeludupan, terutama membabitkan pendatang tanpa izin dan rokok di sepanjang pesisir Pantai Geting di sini.

Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata kawasan pesisir sepanjang lima kilometer berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu menjadi tumpuan penyeludup kerana dikelilingi hutan dan semak tebal yang memudahkan mereka mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Kemasukan barangan seludup dan pendatang biasanya dilakukan pada waktu malam.

“Namun, banyak cubaan berjaya digagalkan hasil rondaan berterusan sejak tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Pemantauan Sempadan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Pengkalan Kubor, hari ini.

Operasi selama tiga jam itu disertai 27 pegawai dan anggota Maritim Malaysia serta MKN, meliputi kawasan Laut China Selatan, Sungai Golok dan Sungai Geting.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Hadir sama, Pengarah MKN Kelantan Datuk Mohd A Aruwan Abd Aziz.

Erwan Shah berkata penyeludup turut memasang tonto di kawasan pendaratan sekitar Pulau Tengkorak berhampiran Pantai Geting bagi memantau pergerakan pihak berkuasa.

Beliau berkata Maritim Kelantan juga mencadangkan pemasangan sistem radar Remote Sensored Site (RSS) SWASLA di kawasan Pantai Timur bagi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan.

“Dengan sistem radar ini, lebih mudah mengesan kegiatan jenayah rentas sempadan. Kawasan seluas empat hektar di Pulau Tengkorak turut dikenal pasti sebagai lokasi strategik pembinaan Pos Maritim Pengkalan Kubor,” katanya.

Lebih 10 lokasi panas penyeludupan dikesan sepanjang Pantai Geting


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker