Langkah kanan buat Malayan Tigress U17

Langkah kanan buat Malayan Tigress U17

Langkah kanan buat Malayan Tigress U17
Sebahagian pemain remaja wanita negara meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Tajikistan dalam kempen kelayakan Piala Asia Wanita bawah 17 tahun.(B-17) 2026. – Foto FB FAM

Kuala Lumpur: Skuad remaja wanita negara membuka kempen Kelayakan Piala Asia Wanita bawah 17 tahun (B-17) 2026 dengan penuh bergaya apabila menundukkan pasukan tuan rumah, Tajikistan 2-0, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Central, Dushanbe, sebentar tadi.

Aksi bertenaga menyaksikan pemain menguasai permainan seawal babak pertama sebelum Laila Syamila meledak gol pembukaan pada minit ke-15 hasil gerakan tersusun dari bahagian tengah padang.

Keampuhan benteng pertahanan negara turut menjadi faktor utama kemenangan selepas beberapa gerakan berbahaya Tajikistan berjaya dipatahkan dengan tenang oleh barisan pertahanan muda negara.

Ketika perlawanan berbaki enam minit, Dishanna Pillay memastikan kemenangan Malaysia selepas menyempurnakan sepakan penalti dengan tenang pada minit ke-84 untuk menjadikan kedudukan 2-0 hingga tamat perlawanan.

Kemenangan berharga ini bukan sekadar membuka ruang kepada Malaysia untuk memburu tiket ke pusingan akhir, tetapi turut membuktikan kemampuan skuad muda negara bersaing di pentas Asia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Selepas satu perlawanan, Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan A dengan tiga mata, di belakang Filipina yang mendahului carta hasil kemenangan 5-0 ke atas Syria.

Tajikistan dan Syria pula masih tercari rentak selepas tewas dalam aksi pertama.

Kejayaan ini juga menjadi tonik terbaik buat skuad bimbingan Malayan Tigress dalam usaha meneruskan momentum positif menjelang aksi seterusnya di saingan kelayakan ini.

Langkah kanan buat Malayan Tigress U17

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker