Kereta terjunam dalam sungai, jumlah mangsa belum diketahui – Bomba
Kereta terjunam dalam sungai, jumlah mangsa belum diketahui – Bomba

MUAR: “Kami belum pasti lagi berapa orang ada dalam kenderaan itu,” kata Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Norshuhada Amsari mengenai sebuah kereta terjunam dalam Sungai Panchor di sini, petang tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu cuba membantu namun kereta terbabit tenggelam ke dasar sungai.
Norshuhada berkata, pihaknya belum dapat memastikan berapa ramai yang berada dalam kereta jenis Proton Saga memandangkan pelbagai versi diterima daripada orang awam.
“Daripada maklumat awal orang awam, mereka nampak kereta itu meluru ke dalam sungai. Pada mulanya kereta itu timbul dan orang awam dengan pantas cuba membantu termasuk memecah cermin kereta.
“Tidak lama kemudian, kereta itu tenggelam. Memang ada mangsa dalam kereta itu tapi kita tidak tahu berapa orang,” katanya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Beliau memaklumkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dihantar ke lokasi untuk kerja-kerja selaman bagi menentukan kedudukan kereta terbabit.
“Kita sudah pun mengenalpasti kedudukan kereta itu selain terdapat kesan tompokan minyak di sekitarnya,” katanya.
Sementara itu, Shuhada berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 2.47 petang lalu menggerakkan 14 anggota dari BBP Muar dan Pagoh ke lokasi.
Terdahulu, video berdurasi 44 saat yang tular menunjukkan sebuah bot dinaiki dua lelaki dipercayai nelayan cuba menarik kereta yang mula tenggelam ke dalam sungai.
Kejadian itu turut disaksikan penduduk setempat yang berkumpul di kawasan tepi sungai berkenaan.
Kereta terjunam dalam sungai, jumlah mangsa belum diketahui – Bomba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.