Insiden Hafizh, Zaqhwan tak sengaja, isu selesai

Insiden Hafizh, Zaqhwan tak sengaja, isu selesai

Insiden Hafizh, Zaqhwan tak sengaja, isu selesai
INSIDEN membabitkan Hafizh dan Zaqhwan di Litar Sepang. FOTO Kejuaraan Motosikal Asia

Kuala Lumpur: Pasukan JDT Racing Team mengambil pendekatan profesional dengan tidak memanjangkan insiden kemalangan membabitkan dua pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan Md Zaqhwan Zaidi, ketika Perlumbaan 2 kategori ASB1000 dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Dalam satu kenyataan rasmi, pasukan yang disertai Hafizh itu memaklumkan bahawa insiden berkenaan diteliti sepenuhnya oleh pihak penganjur ARRC, dan penalti sewajarnya sudah pun dikenakan mengikut peraturan kejohanan.

“Insiden itu diklasifikasikan sebagai tidak disengajakan, berpunca daripada suasana perlumbaan yang sengit dan kompetitif, satu elemen yang lazim dalam dunia sukan permotoran,” kata kenyataan itu.

Menurut JDT Racing Team, kedua-dua pasukan – JDT Racing dan Honda Racing Malaysia sudah menyelesaikan perkara itu secara baik, sekali gus mengekalkan prinsip saling menghormati dan profesionalisme antara pelumba serta pasukan.

“Integriti dan semangat kesukanan kekal sebagai keutamaan kami. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan penganjur untuk memastikan piawaian tertinggi ditegakkan pada setiap masa,” tambah kenyataan itu.

Insiden Hafizh, Zaqhwan tak sengaja, isu selesai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker