3 lelaki warga Indonesia ditahan lombong emas secara haram di Jeli

3 lelaki warga Indonesia ditahan lombong emas secara haram di Jeli

3 lelaki warga Indonesia ditahan lombong emas secara haram di Jeli
Tiga lelaki warga Indonesia ditahan selepas dikesan melakukan kegiatan melombong emas secara haram. – Foto NSTP

JELI: Tiga lelaki warga Indonesia ditahan selepas dikesan melakukan kegiatan melombong emas secara haram di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, operasi dilakukan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) jam 2 petang menerusi Op Intra.

“Hasil daripada operasi berkenaan, dua lelaki warga Indonesia ditahan selepas tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan dan seorang lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selain itu kesemua mereka tiada permit sah bagi menjalankan aktiviti perlombongan emas.

“Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah dua jentera berat jenis Excavator dan sebuah mesin pam sedut air selain satu palong melombong emas yang dipercayai digunakan bagi aktiviti perlombongan emas secara haram,” katanya ketika dihubungi.

3 lelaki warga Indonesia ditahan lombong emas secara haram di Jeli

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker