Rugi RM175,000 untuk beli gelang emas RM75

Rugi RM175,000 untuk beli gelang emas RM75

Rugi RM175,000 untuk beli gelang emas RM75
Foto hiasan

KULAI: Seorang pesara swasta kerugian lebih RM175,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan jualan emas lelong.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita tempatan berusia 55 tahun semalam, yang mendakwa ditipu sindiket jual emas lelong secara dalam talian.

Beliau berkata, pengadu mendakwa melihat iklan di Facebook yang menawarkan jualan emas secara lelong, kelmarin.

“Pengadu menekan pautan diberi dan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram.

“Pengadu berminat membeli seutas gelang emas dengan harga RM75 dan berhubung dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Nurul Aliya’.

“Awalnya, pengadu diminta membayar RM655 bagi urusan harga jualan emas dan bayaran proses penghantaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pada 6 Oktober lalu sehingga semalam, pengadu membuat 35 transaksi ke beberapa akaun bank tempatan berjumlah RM175,305 atas pelbagai bayaran seperti cukai kastam, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), duti eksais, bayaran EKYPS dan pelbagai bayaran cukai lain.

“Pengadu menyedari ditipu apabila masih diminta membuat bayaran tambahan bagi mendapatkan rantai emas berkenaan.

“Pengadu membuat laporan polis kerana percaya diperdaya sindiket tipu jual emas lelong itu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Rugi RM175,000 untuk beli gelang emas RM75

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker