Qabil juara keseluruhan 190cc FIM MiniGP
Qabil juara keseluruhan 190cc FIM MiniGP

Sepang: Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan menoktahkan kempen FIM MiniGP Malaysia 2025 sebagai juara keseluruhan dalam kelas 190cc dengan bergaya apabila mencatatkan kemenangan ke-10 pada pusingan penutup tirai di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang, hari ini.
Bakat berusia 13 tahun dari Terengganu itu turut membuktikan dia seperti berada di kelas tersendiri apabila turut mengungguli Perlumbaan 1 dan melengkapkan hari gemilangnya dengan kemenangan ke-10 daripada 10 perlumbaan yang ditawarkan pada musim ini.
Bermula dari petak utama, Qabil mempamerkan tunggangan kemas pada kedua-dua perlumbaan.
Qabil sudah mengesahkan tempat lebih awal sebagai wakil negara ke FIM MiniGP Dunia Final yang dijadualkan berlangsung di Valencia, Sepanyol, bulan depan, dengan Adam Aiman menjadi wakil kedua negara selepas menutup saingan sebagai naib juara keseluruhan.
Sementara itu, saingan kelas 160cc menyaksikan gelaran juara keseluruhan menjadi milik pelumba Selangor, Al Adam Mikail yang bersaing sengit dengan pelumba Terengganu, Qasha Irfan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sekalipun menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kedua di belakang Qasha, kutipan mata keseluruhannya sudah cukup untuk mengesahkan Al Adam sebagai juara dengan kedua-duanya menjadi wakil negara dalam kelas berkenaan di Valencia.
Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin berpuas hati dengan kelancaran dan penambahbaikan yang berjaya dilaksanakan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada peningkatan besar yang kita buat dari segi penganjuran. Kita juga memperkenalkan satu lagi kategori iaitu RCB FIM MiniGP Mini Moto dan ia bejalan seperti yang dirancang,” kata Zulfahmi.
Qabil juara keseluruhan 190cc FIM MiniGP
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.