Operasi cari 2 pelancong China yang hilang di Pulau Mantanani ditamatkan hari ini
Operasi cari 2 pelancong China yang hilang di Pulau Mantanani ditamatkan hari ini

KOTA KINABALU: Selepas tujuh hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pelancong warga China yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud sejak 5 Oktober, ditamatkan hari ini sehingga ada petunjuk baharu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan operasi pencarian berkala tetap diteruskan melalui rondaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
“Mangsa masih belum ditemukan dan daripada perbincangan dengan semua agensi penyelamat, operasi ditamatkan pada 11.30 pagi hari ini sehingga mendapat petujuk baru,” menurut kenyataan itu.
Operasi yang bermula sejak minggu lepas itu, melibatkan kekuatan 95 anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, bomba, Pasukan Gerakan Udara (Unit Dron), Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Selain itu, operasi turut dibantu penduduk kampung serta operator resort pelancongan di sekitar Pulau Mantanani, yang memainkan peranan penting sepanjang tujuh hari pencarian dijalankan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Pada 5 Oktober dua pelancong warga China, dikenali sebagai Yu Xiapeng, 25, dan Fan Qin, 28, dilaporkan hilang selepas gagal dikesan ketika menginap di Sutera Mantanani Resort, Pulau Mantanani, Kota Belud. – BERNAMA
Operasi cari 2 pelancong China yang hilang di Pulau Mantanani ditamatkan hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.