Maguire rela ‘masuk gua’ bersama United daripada terima gaji RM2.81 juta seminggu

Maguire rela ‘masuk gua’ bersama United daripada terima gaji RM2.81 juta seminggu

Maguire rela 'masuk gua' bersama United daripada terima gaji RM2.81 juta seminggu
MAGUIRE harap dapat tawaran kontrak lanjutan di Old Trafford. FOTO Reuters

London: Harry Maguire bersedia menolak tawaran lumayan bernilai £500,000 (RM2.81 juta) seminggu dari Arab Saudi untuk menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United, menurut laporan.

Pemain berusia 32 tahun itu akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini dan menarik minat beberapa pasukan dari Timur Tengah.

Maguire telah lama dikaitkan dengan perpindahan keluar dari United selepas bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah bekas pengurus Erik ten Hag.

Namun, pemain antarabangsa England itu menjadi kegemaran utama di bawah bimbingan Ruben Amorim musim lalu, walaupun hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Maguire dilaporkan menerima gaji besar sekiranya berpindah ke Arab Saudi, dengan kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr dan juga Al-Ettifaq dikatakan berminat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Bagaimanapun, menurut The Mirror, Maguire bersedia menolak tawaran lumayan itu dan mahu terus kekal di Old Trafford dengan syarat United menawarkan lanjutan kontrak kepadanya.

United kini sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh kontrak bekas bintang Leicester itu, sesuatu yang pernah mereka lakukan pada musim panas lalu.

Laporan itu turut menyebut Maguire sedar perpindahannya ke kelab Saudi boleh menjejaskan peluangnya untuk terus bermain bersama skuad England di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Namun, dia juga memahami kontrak seterusnya mungkin merupakan kontrak besar terakhir dalam kariernya, jadi dia mahu memastikan syarat yang ditawarkan adalah terbaik.

SunSport turut melaporkan minggu ini Maguire berharap dapat menandatangani kontrak baharu bersama United selepas memulakan perbincangan dengan pihak pengurusan kelab.

Maguire mengadakan perbincangan awal dengan pengarah rundingan bola sepak, Matt Hargreaves, dan dijangka akan mengadakan lebih banyak pertemuan dalam beberapa minggu akan datang.

Maguire rela ‘masuk gua’ bersama United daripada terima gaji RM2.81 juta seminggu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker