Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar pasir
Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar pasir

IPOH: Seorang lelaki warga Nepal maut akibat tersepit dalam mesin pengisar pasir di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Gajah 3 dekat Batu Gajah, hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.29 pagi.
“Mangsa berusia 36 tahun itu didakwa tersepit selepas tiba-tiba tertarik ke dalam mesin yang beroperasi secara automatik, ketika sedang melakukan penyelenggaraan untuk mengeluarkan bahan tersangkut pada pengisar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shazlean berkata, juruteknik syarikat kemudian membantu menghidupkan mesin secara manual dan memusingkan mata pengisar sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.
Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan, dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, operasi membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tamat pada jam 12.50 tengah hari.
Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar pasir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.