Jaringan Kudus pastikan Ghana layak ke Piala Dunia
Jaringan Kudus pastikan Ghana layak ke Piala Dunia

Johannesburg: Mohammed Kudus menjaringkan gol tunggal ketika Ghana menewaskan Comoros 1-0 di Accra, awal pagi tadi, untuk menjuarai Kumpulan I dan menjadi pasukan kelima dari Afrika yang layak ke Piala Dunia 2026 selepas Algeria, Mesir, Maghribi dan Tunisia.
Berbekalkan sokongan 40,000 penyokong yang memenuhi stadium, Ghana menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, namun serangan mereka perlahan dan mudah dijangka jarang mengancam penjaga gol Comoros, Adel Anzimati-Aboudou.
Namun, tuan rumah tidak menunggu lama selepas rehat untuk mendahului apabila pemain tengah Tottenham, Kudus, menjaringkan gol pada minit ke-47.
Comoros gagal mengeluarkan bola dalam situasi kelam kabut di depan gawang sebelum Kudus menolak masuk dari jarak dekat.
Kejayaan menentang Comoros amat manis kerana pasukan dari Kepulauan Lautan Hindi itu pernah mengejutkan Ghana pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 dan menewaskan mereka sekali lagi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, dua tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Ghana mendahului kumpulan dengan 25 mata daripada 10 perlawanan manakala Madagascar menamatkan saingan di tempat kedua dengan 19 mata walaupun tewas 1-4 kepada Mali yang berada di tempat ketiga di Bamako.
Ini akan menjadi penampilan kelima Black Stars di pentas dunia dengan pencapaian terbaik mereka adalah pada 2010 di Afrika Selatan, apabila tewas kepada Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti di suku akhir.
Kelayakan ke Piala Dunia 2026 yang diperluaskan kepada 48 negara dan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, membuktikan kepercayaan pegawai Ghana terhadap jurulatih, Otto Addo, yang sebelum ini dikritik hebat tahun lalu.
Terdapat desakan berterusan daripada orang ramai dan media di negara Afrika Barat itu supaya Addo dipecat selepas kempen kelayakan AFCON 2025 yang mengecewakan.
Ghana yang pernah memenangi kejohanan itu empat kali antara 1963 hingga 1982, gagal memenangi sebarang perlawanan daripada enam kelayakan AFCON dan menamatkan saingan di tempat terakhir di belakang Angola, Sudan dan Niger dengan hanya tiga mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Empat lagi pasukan Afrika yang akan layak secara automatik ke Piala Dunia akan ditentukan pada awal pagi esok dan Rabu dengan Benin, Cape Verde, Ivory Coast dan Senegal menerajui kumpulan masing-masing.
Dalam pada itu, Mesir merehatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah, bagi perlawanan terakhir mereka di laman sendiri menentang Guinea-Bissau dan gol awal daripada Mohamed Hamdy memberikan kemenangan 1-0 dalam Kumpulan A di Kaherah.
Niger mengejutkan Zambia 1-0 di Ndola untuk menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan E di belakang Maghribi dan kini berada di tempat ketiga dalam carta pasukan naib juara kumpulan di belakang Gabon dan Burkina Faso.
Empat pasukan naib juara terbaik selepas pusingan kelayakan terakhir pada Rabu akan mara ke pusingan play-off di Maghribi pada November.
Pemenang mini kejohanan itu, yang menampilkan separuh akhir dan final akan layak ke play-off antara benua enam negara pada Mac depan, dengan dua tempat ke Piala Dunia menjadi rebutan.
KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON AFRIKA
Djibouti 1 2 Sierra Leone
Mesir 1 0 Guinea-Bissau
Burkina Faso 3 1 Ethiopia
Zambia 0 1 Niger
Chad 2 3 Republik Afrika Tengah
Mali 4 1 Madagascar
Ghana 1 0 Comoros
Jaringan Kudus pastikan Ghana layak ke Piala Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.