Datuk kahwini wanita 24 tahun, beri mas kahwin RM770,000

Datuk kahwini wanita 24 tahun, beri mas kahwin RM770,000

Datuk kahwini wanita 24 tahun, beri mas kahwin RM770,000
Pengantin lelaki memberikan mas kahwin berjumlah 3 bilion rupiah kepada calon isterinya. – Radar Gresik

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 74 tahun mengundang perhatian ramai apabila berkahwin dengan seorang wanita muda dan memberikan mas kahwin berjumlah 3 bilion rupiah (RM770,000), lapor portal berita Lambe Turah.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Pacitan, wilayah Jawa Timur pada Rabu lalu.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Tarman, manakala isterinya, Shela Arika baru berusia 24 tahun.

Perkahwinan mereka tular apabila pemilik syarikat yang menawarkan perkhidmatan videografi mendedahkan bahawa pasangan itu melarikan diri dan tidak membuat pembayaran.

“Saya merupakan salah seorang mangsa yang masih belum dibayar. Ini pertama kali saya ditipu sepanjang saya menjalankan perniagaan ini,” kata pemilik itu.

Polis tempatan bagaimanapun mengesahkan bahawa Tarman tidak melarikan diri, sebaliknya sedang bercuti bersama isterinya di Wonogiri. – AGENSI

Datuk kahwini wanita 24 tahun, beri mas kahwin RM770,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker