Bengang dilarang masuk ke Indonesia, gimnas Israel kemuka rayuan
Bengang dilarang masuk ke Indonesia, gimnas Israel kemuka rayuan

Jakarta: Persekutuan Gimnastik Israel memaklumkan bahawa mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Indonesia yang menghalang gimnas negara itu daripada menyertai kejohanan dunia, sambil menyifatkan tindakan oleh negara majoriti Islam terbesar di dunia itu sebagai ‘tidak masuk akal’.
Negara Asia Tenggara itu pada Jumaat lalu berkata mereka menolak permohonan visa gimnas Israel susulan bantahan terhadap serangan ketenteraan Israel di Gaza, sekali gus menyebabkan atlet Israel terlepas peluang beraksi pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia bulan ini di Jakarta.
Dalam kenyataan menerusi emel semalam, pihak persekutuan Israel menyifatkan keputusan Indonesia itu sebagai ‘amat mengejutkan dan menjejaskan integriti sukan antarabangsa’.
Mereka berkata sudah mengemukakan rayuan segera kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mendapatkan perintah injunksi supaya atlet Israel, termasuk pemenang pingat emas Olimpik, Artem Dolgopyat, dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.
“Kami berhasrat mencabar keputusan ini dengan segala cara yang ada,” kata kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Perang yang sudah berlarutan selama dua tahun itu turut menerima kritikan keras di Indonesia.
Perang itu bermula pada 7 Oktober 2023 selepas pejuang Palestin, Hamas menyerang selatan Israel.
Serangan balas Israel selepas itu pula meragut lebih 67,000 nyawa, kebanyakannya orang awam, menurut pihak berkuasa Gaza.
Bengang dilarang masuk ke Indonesia, gimnas Israel kemuka rayuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.