Belanda semakin hampir ke Piala Dunia, Depay lebarkan rekod jaringan
Belanda semakin hampir ke Piala Dunia, Depay lebarkan rekod jaringan

Amsterdam: Memphis Depay menambah rekod jaringan terbanyak bersama Belanda apabila mereka menang mudah 4-0 ke atas Finland dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi, sekali gus menghampiri pusingan akhir pada tahun depan.
Kemenangan itu mengekalkan Belanda di kedudukan teratas Kumpulan G dengan 16 mata daripada enam perlawanan, enam mata di hadapan Poland yang akan bermain menentang Lithuania.
Donyell Malen membuka tirai jaringan di Arena Johan Cruyff dengan gol pada minit kelapan, diikuti tandukan Virgil van Dijk sembilan minit kemudian.
Depay menjaringkan penalti pada minit ke-38 untuk menjadikan jumlah golnya bersama skuad Belanda kepada 54, selepas memecahkan rekod terdahulu milik Robin van Persie yang mencatat 50 gol pada bulan lalu, sebelum Cody Gakpo menambah gol keempat enam minit sebelum tamat perlawanan.
Belanda boleh mengesahkan kelayakan mereka dengan kemenangan di tempat lawan menentang Poland dalam perlawanan seterusnya pada 14 November.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Depay turut menjadi penyumbang kepada gol Van Dijk menerusi sepakan percuma yang disudahkan dengan tandukan kapten itu untuk menjaringkan gol antarabangsa ke-11 beliau.
Pada minggu ini, Van Dijk turut meraikan ulang tahun ke-10 bersama pasukan kebangsaan.
Jurrien Timber hampir menambah jaringan apabila sepakannya terkena palang sebelum rembatan Justin Kluivert mengenai tangan pemain Finland, Miro Tenho, dan Depay dengan tenang menyempurnakan penalti berikutnya.
Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol dalam enam daripada tujuh penampilan antarabangsa terakhirnya.
Belanda mengendurkan sedikit tekanan selepas beberapa pertukaran pada separuh masa kedua, namun mereka tidak pernah berada dalam bahaya dan melengkapkan kemenangan bergaya apabila Gakpo melepaskan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-84.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Ia satu perlawanan yang baik dari awal hingga akhir dengan gol yang cantik. Kami bermain baik dengan penguasaan bola dan akhirnya tampil dominan,” kata Van Dijk kepada televisyen NOS.
KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON EROPAH
Scotland 2 1 Belarus
Denmark 3 1 Greece
Belanda 4 0 Finland
Lithuania 0 2 Poland
San Marino 0 4 Cyprus
Romania 1 0 Austria
Faroe Islands 2 1 Rep Czech
Croatia 3 0 Gibraltar
Belanda semakin hampir ke Piala Dunia, Depay lebarkan rekod jaringan
You must be logged in to post a comment.