4 ditahan disyaki serang remaja di gelanggang bola keranjang
4 ditahan disyaki serang remaja di gelanggang bola keranjang
KLUANG: Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau antara empat individu yang ditahan selepas didapati menyerang remaja lelaki di gelanggang bola keranjang, Kampung Paya di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa berusia 17 tahun diserang empat suspek tidak dikenali dengan kejadian itu tular di media sosial.
Beliau berkata, siasatan polis menerusi penularan video terbabit mendapati, kejadian berlaku pada jam 11 malam Jumaat lalu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan kesemua suspek berusia antara 19 hingga 21 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi.
“Semakan rekod lampau mendapati, suspek pertama dan kedua mempunyai rekod jenayah. Ujian saringan air kencing mendapati, kesemua suspek ditahan negatif bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan.
Bahrin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran ataupun IPD Kluang di talian 07-7784222 atau 07-7784256.
4 ditahan disyaki serang remaja di gelanggang bola keranjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.