4 anggota, pegawai polis Pahang positif dadah dalam serbuan di pusat hiburan

4 anggota, pegawai polis Pahang positif dadah dalam serbuan di pusat hiburan

4 anggota, pegawai polis Pahang positif dadah dalam serbuan di pusat hiburan

KUANTAN: Empat anggota polis termasuk seorang wanita dikesan positif dadah selepas ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, operasi pada jam 2.30 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Empat individu terbabit, masing-masing dua pegawai dan dua anggota yang bertugas di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Pahang dipercayai berada dalam satu bilik karaoke di premis itu ketika serbuan dilakukan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan tangkapan ke atas empat individu berusia antara 30 hingga 40 tahun itu.

“Ujian awal terhadap semua mereka didapati positif dadah. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi NST hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penggunaan dadah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Difahamkan tiada sebarang dadah ditemui di premis berkenaan dan semua empat individu terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan mereka diambil di IPD Kuantan.

4 anggota, pegawai polis Pahang positif dadah dalam serbuan di pusat hiburan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker