2 jam selepas hilang, jasad pemuda ditemukan 5m di dasar sungai

2 jam selepas hilang, jasad pemuda ditemukan 5m di dasar sungai

2 jam selepas hilang, jasad pemuda ditemukan 5m di dasar sungai
Sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menyertai operasi mencari Salahuddin Ismail, pagi tadi. – Foto PDRM

SHAH ALAM: Pemuda yang hilang ketika mandi-manda di sebuah tapak perkhemahan di PERTAK, Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor pagi tadi, ditemukan mati lemas.

Mayat Muhammad Salahuddin Ismail, 21, yang berasal dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ditemukan anggota bomba kira-kira jam 11.45 pagi pada kedalaman lima meter (m), sekitar 25m dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Terdahulu, bomba menerima panggilan melaporkan kejadian berkenaan pada jam 9.47 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.47 pagi. Sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi.

2 jam selepas hilang, jasad pemuda ditemukan 5m di dasar sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker