Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas [VIDEO]

“Wayang” “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas

Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas

Kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mempertikaikan misi Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah usaha kemanusiaan yang bertujuan membantu rakyat Palestin.

Misi GSF Dipertikai, Netizen Bangkit Membela

Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas
via Harian Metro
Lebih mengundang kemarahan ramai apabila individu tersebut mendakwa misi ini hanyalah sekadar “wayang” dan tidak membawa sebarang kesan.

Kenyataan tersebut mendapat tentangan hebat daripada netizen yang rata-ratanya memihak kepada usaha GSF dan para pesertanya.

Salah seorang peserta yang menjadi sasaran kecaman individu tersebut adalah Tuan Haji Zainal Rashid bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA.

Tidak berdiam diri, ZRA dilaporkan telah mencabar individu tersebut untuk berdebat secara terbuka, namun sehingga kini, tiada respon balas diterima.

Aqasha Tegur Pedas: “Cakap Pandai, Tapi Usaha Tak Ada”

Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas
via Tiktok Aqasha

Isu ini turut menarik perhatian golongan selebriti. Pelakon dan penyanyi Aqasha memuat naik video di TikTok menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap individu yang hanya pandai bercakap tanpa melakukan sebarang tindakan nyata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Aku terpanggil nak bercakap sikit tentang hal ini. Atas dasar kemanusian dan tanggungjawab kemasyarakat.

Aku tak berkenan cara dia memberikan pandangan lah.

Dia menggunakan nama pahlawan sebagai nama dia.

Apa yang dia buat ini aku rasa minta maaf cakaplah pada aku rasa tak masuk akal.
Cara dia berfikir. Pandangan dia.

Aku rasa ada something yang tak kenalah dengan mentaliti brother ni.

Tidak Wajar Merendahkan Usaha Orang

Menurut Aqasha, adalah tidak wajar untuk merendah-rendahkan usaha orang lain yang berjuang atas dasar kemanusiaan, apatah lagi apabila menggunakan nama ‘pahlawan’ tetapi tidak menunjukkan adab dan budi pekerti seperti nama.

Setidak tidaknya ada gerak dia, ada usaha dia ada kerja yang dilakukan.

Untuk membuat sesuatu untuk menjalankan satu-satu usaha. Tapi brother ni buat apa? Cuma pandai bercakap je kan?

@theaqasha

Aku bukan nak cakap apa la…tapi aku pernah jadi Hang Tuah. #VivaPalestina #MelawanKebathilan

♬ original sound – Aqasha – Aqasha

Aqasha turut menegaskan bahawa kritikan kosong tanpa usaha hanya akan merosakkan persepsi masyarakat, terutama dalam isu-isu sensitif seperti Palestin.

Nak ‘mengkepala bapakkan’ orang sesuka hati kita je kan. Kat mana kita belajar adab? kat mana?

Apa usaha engkau yang kau buat untuk menangani isu ini.

Ini Pandangan-pandangan yang boleh merosakkan pandangan masyarakat.

Berapa ramai orang melayu yang akan dirosakkan dengan mentaliti hancur begini.

Cuma reti bercakap, tapi action tak ada.

Netizen kini lebih peka dan tidak mudah menerima sebarang kritikan yang tidak membina, apatah lagi terhadap usaha murni seperti misi GSF.

Misi kemanusiaan bukan pentas drama – ia adalah perjuangan sebenar untuk membantu mereka yang memerlukan.

Maka, lebih baik kita memberi sokongan kepada yang berusaha, daripada hanya ‘bercakap’ dari belakang skrin.

 

Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker