Anak kecil berlari di tengah lebuh raya waktu malam

Anak kecil berlari di tengah lebuh raya waktu malam

Anak kecil berlari di tengah lebuh raya waktu malam
SEORANG budak berlari di lebuh raya. – Foto Polis North Port

WASHINGTON – Satu rakaman video tular kerana  memaparkan kanak-kanak kecil berlari seorang diri pada waktu malam di sebuah lebuh raya di negeri Florida, lapor portal berita New York Post semalam.

Kanak-kanak itu hampir dilanggar kereta sebelum seorang anggota polis sempat menghentikan lalu lintas di Lebuh Raya 41, North Port dan memindahkan mangsa ke tempat selamat.

Dia yang dikenali sebagai Sarjan Shield berbuat demikian selepas melihat anak kecil itu berlari dengan hanya memakai seluar pendek dan baju.

Ketika memperlahankan kenderaan untuk berpatah balik ke lokasi kejadian, rakaman kamera papan pemuka kereta perondanya memaparkan sebuah kenderaan utiliti lasak (SUV) putih hampir melanggar kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak kurang upaya itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas sarjan berkenaan keluar dari kereta dan mengejarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Menurut polis, dia kemudian dihantar pulang dengan selamat dan menyatakan bahawa ibu bapa kanak-kanak itu tidak bersalah dalam kejadian tersebut – AGENSI

Anak kecil berlari di tengah lebuh raya waktu malam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker