7 minit cas Zeekr 001, sama seperti masa isi minyak
7 minit cas Zeekr 001, sama seperti masa isi minyak

BEIJING – Pengeluar automotif China, Zeekr melancarkan kereta elektrik terbaharu dinamakan model 001 elektrik yang menampilkan bateri berkuasa 900 volt baharu, lapor portal berita VnExpress semalam.
Kereta itu boleh dicaj dengan pantas iaitu dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa cuma tujuh minit.
Kelajuan pengecasan pantas ini dikuasakan oleh Golden Battery yang dibangunkan sendiri oleh Zeekr, menggunakan teknologi litium ferum fosfat.
Dengan kuasa pengecasan puncak 1,140 kW daripada pek bateri 95 kWh, kadar pengecasan 12C membolehkan pengisian semula yang sangat pantas.
Ini bermakna bateri boleh dicas sebanyak 12 kali kapasiti penuhnya dalam masa satu jam, demikian menurut laporan portal kenderaan elektrik, InsideEVs.
Harga kereta itu akan diumumkan kemudian. – AGENSI
7 minit cas Zeekr 001, sama seperti masa isi minyak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.