Tipu urusan pinjaman peribadi, penganggur dipenjara 12 bulan, 1 sebatan

Tipu urusan pinjaman peribadi, penganggur dipenjara 12 bulan, 1 sebatan

Tipu urusan pinjaman peribadi, penganggur dipenjara 12 bulan, 1 sebatan
Foto hiasan mahkamah

PUTRAJAYA: Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang lelaki dalam urusan mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi daripada sebuah bank.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Nabilq Saparuddin, 34, mengaku bersalah.

Bapa lima anak itu didakwa menipu Mohd Din Hafeez Efandi, 38, dengan memperdayakan mangsa sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai RM1,500 dan memasukkan wang berjumlah RM4,000 ke dalam akaun milik tertuduh.

Mengikut fakta kes, Mohd Din Hafeez yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta telah berurusan dengan tertuduh bagi urusan kelulusan pinjaman peribadi sebanyak RM250,000.

Mangsa menyerahkan wang tunai dan melakukan pindahan wang kepada tertuduh berjumlah RM5,500 dan dimaklumkan bahawa kelulusan pinjaman mengambil tempoh selama 21 hari bekerja namun selepas itu, wang yang dimohon tidak diterima.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di sini di antara 5 petang 26 Julai 2015 hingga 12 tengah hari 27 Julai 2015 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, dengan sebatan dan boleh juga didenda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Muhammad Nabilq dan masyarakat manakala tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai masalah kesihatan. – BERNAMA

 

Tipu urusan pinjaman peribadi, penganggur dipenjara 12 bulan, 1 sebatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker