Penggodam curi wang kripto lebih RM8 bilion

Penggodam curi wang kripto lebih RM8 bilion

Penggodam curi wang kripto lebih RM8 bilion
Gambar hiasan menunjukkan bendera Korea Utara dan Guy Fawkes. – AFP

LONDON – Laporan dikeluarkan oleh sebuah firma analitik blockchain mendapati kumpulan-kumpulan  penggodam disokong Korea Utara mencuri aset kripto berjumlah lebih AS$2 bilion (RM8.4 bilion) sepanjang  tahun ini, lapor agensi berita United Press International.

Laporan diterbitkan di laman web syarikat Elliptic menyatakan,  jumlah itu mewakili  lebih 30 aktiviti penggodaman sekali gus angka kecurian tahunan terbesar dalam rekod, dengan 2025 masih berbaki tiga bulan.

Angka tersebut didorong  kecurian hampir AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion) dalam bentuk aset maya daripada pertukaran mata wang kripto Bybit oleh Kumpulan Penggodam Lazarus tajaan Pyongyang, dalam apa yang disifatkan sebagai rompakan kripto terbesar dalam sejarah.

Serangan lain yang dikaitkan secara terbuka kepada Korea Utara pada 2025 termasuk AS$14 juta (RM59 juta) yang dicuri daripada sembilan pengguna di bursa kripto, WOO X pada Julai lalu.

Turut dikaitkan adalah AS$1.2 juta (RM5 juta) dalam token yang dicuri daripada platform pendanaan blockchain,  Seedify pada September lepas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Walaupun Korea Utara kekal di bawah sekatan ketat antarabangsa,  ia semakin aktif beralih kepada kegiatan penggodaman dan kecurian siber sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dipercayai  untuk membiayai program peluru berpandu dan nuklearnya.

Pyongyang membiayai 40 peratus program senjatanya melalui dana ‘ siber haram’, kata Panel Pakar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  dalam laporan tahunan dikeluarkan pada 2024.

Nilai terkumpul aset kripto yang diketahui dicuri oleh Pyongyang sejak 2017 adalah lebih AS$6 bilion (RM25 bilion), kata Elliptic sambil menambah, angka sebenar mungkin lebih tinggi. – AGENSI

Penggodam curi wang kripto lebih RM8 bilion

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker