Pang Ron–Su Yin tarik diri tiga kejohanan utama Eropah
Pang Ron–Su Yin tarik diri tiga kejohanan utama Eropah

Kuala Lumpur: Impian beregu campuran nombor dua negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meningkatkan momentum menjadi lebih konsisten tidak kesampaian selepas mereka terpaksa melupakan tiga kejohanan utama di Eropah yang akan bermula 14 Oktober hingga 2 November depan.
Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, pasangan muda negara itu terpaksa menarik diri ekoran kecederaan buku lali yang dialami oleh Su Yin sekali gus tidak dapat beraksi di Terbuka Denmark (14-19 Oktober), Terbuka Perancis (21-26 Oktober) dan Terbuka Hylo di Jerman (28 Oktober-2 November).
“Pang Ron-Su Yin tidak jadi berangkat ke Eropah kerana Su Yin mengalami kecederaan di bahagian buku lali,” katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Pemenang Pingat Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.
Tambahnya, kemungkinan gandingan ke-19 dunia itu akan kembali semula menyertai pertandingan adalah di pertengahan bulan hadapan nanti iaitu di Masters Jepun (11-16 November) namun itu masih belum pasti kerana ia bergantung kepada sesi pemulihan Su Yin itu sendiri.
Justeru, tempoh berehat hampir sebulan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kecederaan itu dapat benar-benar pulih sebelum kembali ke gelanggang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Lebih kurang dalam empat hingga lima minggu baru pulih mengikut laporan doktor, jadi mungkin mereka akan kembali beraksi di Masters Jepun bulan depan kalau sudah baik sepenuhnya,” katanya.
Untuk makluman, Su Yin antara pemain yang kerap mengalami kecederaan berbanding Pang Ron apabila sebelum ini dia turut mengalami masalah hamstring yang menyebabkan mereka perlu melupakan tiga kejohanan berturut-turut iaitu Malaysia Masters, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia sebelum kembali beraksi pada Terbuka Jepun, Julai lalu.
Pang Ron–Su Yin tarik diri tiga kejohanan utama Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.