Lelaki rakam pemandangan menakjubkan Banjaran Himalaya selepas hujan
Lelaki rakam pemandangan menakjubkan Banjaran Himalaya selepas hujan

DELHI – Seorang lelaki dari daerah Madhubani, dalam negeri Bihar berkongsi rakaman video menakjubkan yang memaparkan pemandangan Banjaran Himalaya, lapor portal berita India Today semalam.
Banjaran itu nampak jelas selepas hujan baru-baru ini ‘membersihkan’ langit dan mengurangkan tahap pencemaran.
Video tular itu menunjukkan pemandangan jelas puncak Himalaya diliputi salji yang dilihat dari Madhubani.
Ketika berkongsi klip video tersebut di platform X, Satyam Raj berkata: “Pemandangan Himalaya yang megah seperti dilihat dari kampung Jainagar, daerah Madhubani, negeri Bihar.”
Menurut laporan, pemandangan jelas seperti itu jarang dapat dilihat.
Banjaran Himalaya yang merentasi lima negara termasuk India dan Nepal, menempatkan beberapa puncak tertinggi dunia, antaranya Gunung Everest dan Kanchenjunga.
Walaupun Banjaran Himalaya sebenarnya berada beratus-ratus kilometer dari Madhubani, keadaan cuaca yang ideal kadang kala menampakkan ia seperti sebahagian kawasan di Bihar. – AGENSI
Lelaki rakam pemandangan menakjubkan Banjaran Himalaya selepas hujan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.