BAM disaran hantar skuad kedua ke Sukan Sea Thailand

BAM disaran hantar skuad kedua ke Sukan Sea Thailand

BAM disaran hantar skuad kedua ke Sukan Sea Thailand
MENG YEAN (belakang) ketika beraksi ketika temasya Olimpik Tokyo. -FOTO AFP

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menggunakan pentas Sukan Sea Thailand hujung tahun ini sebagai platform terbaik buat pemain pelapis untuk mendapatkan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

Bekas pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean berkata, temasya dwitahunan itu adalah peluang sangat baik buat pemain lain meningkatkan keyakinan diri sebagai persiapan untuk menjadi pesaing utama kepada senior mereka.

“Biasanya, untuk Sukan Sea, Malaysia (BAM) akan hantar skuad pelapis sebab ia memang masa sesuai untuk pemain yang baru nak naik ambil pengalaman beraksi di kejohanan kompetitif. Sebab itu pandangan saya, lebih baik skuad kedua yang pergi ke Thailand nanti,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan sekiranya pemain yang sudah berjaya layak ke Jelajah Akhir Dunia BWF, lebih baik mereka memberi tumpuan kepada pertandingan itu berbanding ke Sukan Sea.

Jelasnya, keutamaan kini perlu diberi kepada kejohanan yang mampu memberi kesan lebih besar kepada ranking dunia dan reputasi pemain utama negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Terdahulu BAM berdepan ‘dilema’ sama ada mempertaruhkan gandingan terbaik bagi memburu pingat emas atau memberi peluang kepada beregu muda bagi menimba pengalaman di Sukan Sea Thailand, Disember depan.

BAM disaran hantar skuad kedua ke Sukan Sea Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker