Skuad remaja negara juara kumpulan, mara ke suku akhir
Skuad remaja negara juara kumpulan, mara ke suku akhir

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara melangkah ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025 selaku juara Kumpulan C selepas menewaskan Australia 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Guwahati, India, hari ini.
Dalam perlawanan di Pusat Kecemerlangan Nasional itu, Malaysia mencatat kemenangan selesa 45-35, 45-14 di bawah format baharu kejohanan yang menggunakan sistem terbaik daripada tiga set, dengan setiap set dimainkan sehingga 45 mata.
“Skuad remaja negara mara ke suku akhir selaku juara Kumpulan C dan akan berdepan China esok,” menurut hantaran di laman rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Facebook.
Hanya pasukan yang menjuarai kumpulan masing-masing layak ke saingan suku akhir.
Pada edisi terdahulu di Nanchang, China, Malaysia membawa pulang pingat gangsa selepas terkandas di separuh akhir kepada tuan rumah.
Skuad remaja negara juara kumpulan, mara ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.