Scaloni enggan tanggung risiko turun Messi lawan Venezuela
Scaloni enggan tanggung risiko turun Messi lawan Venezuela

Buenos Aires: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni berkata, beliau tidak akan mengambil risiko menurunkan kapten Lionel Messi atau mana-mana pemain lain yang tidak berada pada tahap kecergasan 100% dalam perlawanan persahabatan antarabangsa akan datang.
Pasukan Albiceleste akan menentang Venezuela pada Jumaat di Stadium Hard Rock, Miami, sebelum berdepan Puerto Rico di Chicago pada 13 Oktober.
Messi, 38 tahun, baru sahaja melalui jadual padat bersama Inter Miami, dengan tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari sebelum menyertai skuad kebangsaan pada Isnin.
“Kami akan membuat keputusan selepas menilai keadaan dia [Messi] dan pemain lain,” kata Scaloni.
Walaupun Inter Miami sudah mengesahkan tempat ke playoff MLS 2025, pasukan The Herons masih berjuang untuk kedudukan teratas dalam Eastern Conference bagi memastikan kelebihan bermain di laman sendiri pada pusingan kalah mati.
“Kami akan berbincang dengannya [Messi] dan pemain lain,” kata Scaloni. “Idea kami ialah untuk tidak mengambil sebarang risiko. Ini memang perlawanan penting untuk pasukan kebangsaan, tetapi ia hanyalah perlawanan persahabatan. Jika ada pemain mengalami sedikit masalah, sama ada dia [Messi] atau orang lain, kami tidak akan mengambil risiko langsung.”
Messi menjaringkan 24 gol dan mencatat 17 bantuan gol dalam saingan MLS musim ini. Beliau turut menyertai sesi latihan pertama Argentina pada petang Selasa di pusat latihan Inter Miami di Ft. Lauderdale, Florida.
Scaloni turut menjelaskan perlawanan akan datang akan digunakan untuk menguji pemain-pemain baharu menjelang Piala Dunia tahun depan.
Scaloni enggan tanggung risiko turun Messi lawan Venezuela
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.