Remaja terjun motosikal elak ‘King Cobra’

Remaja terjun motosikal elak ‘King Cobra’

Remaja terjun motosikal elak 'King Cobra'
Ular tedung selar tersangkut pada brek motosikal yang ditunggangi seorang remaja lelaki di Kampung Banggol Sik Dalam. Foto ihsan bomba

SIK: Seorang remaja lelaki sempat membrek motosikalnya selepas terkejut melihat seekor ular King Cobra melintas di hadapannya, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 petang semalam, mangsa yang berusia 16 tahun itu sempat terjun daripada motosikalnya untuk menyelamatkan diri di halaman rumahnya di Kampung Banggol Sik Dalam, dekat sini.

Malangnya, ular tedung selar itu tersangkut pada brek motosikal dan terlekat di situ.

Bagaimanapun, remaja itu tidak mengalami kecederaan dan pihak bomba tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.40 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Soffuan Sabri bersama lima anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Ular tedung selar sepanjang empat meter yang tersangkut pada brek motosikal itu akhirnya berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

“Operasi selesai pada jam 7.54 malam,” katanya.

Remaja terjun motosikal elak ‘King Cobra’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker