Penyeludupan tayar: 16 akaun syarikat, 25 akaun individu RM70 juta dibeku

Penyeludupan tayar: 16 akaun syarikat, 25 akaun individu RM70 juta dibeku

Penyeludupan tayar: 16 akaun syarikat, 25 akaun individu RM70 juta dibeku
SPRM mulakan siasatan terhadap industri tayar, susulan dakwaan amalan manipulasi harga dan penyeludupan tayar – Foto arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Sejumlah 16 akaun syarikat dan 25 akaun bank individu yang terbabit dalam siasatan penyeludupan tayar serta pemalsuan dokumen import dan eksport tayar, dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam sitaan terbaharu itu, SPRM melalui Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) juga menyita empat aset tak alih bernilai kira-kira RM13 juta.

Setakat ini, BH difahamkan tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan masih giat dijalankan oleh SPRM bersama pelbagai agensi kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam perkembangan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, berkata SPRM kini membuka kertas penyiasatan tatakelola berkaitan kes itu.

Penyeludupan tayar: 16 akaun syarikat, 25 akaun individu RM70 juta dibeku
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman,

“Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) akan melakukan siasatan dokumen berkaitan perolehan tayar-tayar kerana didapati tayar-tayar ini tidak didaftarkan serta ada unsur penyeludupan atau import tidak sah yang boleh menyebabkan risiko keselamatan pengguna,” katanya di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


BH kelmarin melaporkan, SPRM membekukan dan menyita sejumlah aset bernilai RM83 juta dalam Ops Grip membabitkan siasatan penyeludupan tayar yang mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit cukai kerajaan.

Antara yang dibekukan ialah akaun-akaun bank persendirian dan akaun syarikat-syarikat dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM70 juta.

Aset lain yang disita kerana disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram ialah enam lot tanah yang dijadikan tapak untuk gudang/kontena bernilai RM4.5 juta dan dua unit rumah teres dua tingkat dengan nilai anggaran RM2 juta.

Turut disita ialah satu unit rumah jenis ‘townhouse’ dengan nilai anggaran RM2 juta dan satu unit rumah kedai empat tingkat bernilai RM4 juta.

Pada 29 September lalu, SPRM menggempur beberapa syarikat di 23 lokasi seluruh negara yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup tayar serta pemalsuan dokumen import dan eksport sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai sekitar RM350 juta sejak tahun 2020 hingga kini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Serbuan ke atas syarikat yang menjalankan perniagaan mengimport, gudang dan kontena penyimpanan tayar itu dilakukan susulan pendedahan eksklusif BH mengenai isu ‘tayar terbang’ yang menyebabkan risiko keselamatan tinggi kepada pengguna jalan raya.

Hasil serbuan, SPRM sudah membekukan akaun perbankan persendirian dan akaun syarikat yang membabitkan nilai anggaran kira-kira RM70 juta.

Serbuan itu dijalankan menerusi operasi bersepadu iaitu Ops Grip diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama LHDN, BNM dan JKDM di 23 lokasi sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor hari ini.

BH secara eksklusif mendedahkan isu penggunaan tayar antara punca utama kemalangan di negara ini, khususnya membabitkan kenderaan berat.

Penyeludupan tayar: 16 akaun syarikat, 25 akaun individu RM70 juta dibeku


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker