Pembeli menggigil lihat beruang masuk pasar raya

Pembeli menggigil lihat beruang masuk pasar raya

Pembeli menggigil lihat beruang masuk pasar raya
SEEKOR beruang memasuki pasar raya raya di Numata. – Foto AFP

TOKYO – Seekor beruang yang berada dalam keadaan gelisah berkeliaran di sebuah pasar raya di tengah Jepun, sebelum mencederakan dua lelaki dan menakutkan pembeli.

Beruang dewasa setinggi 1.4 meter itu memasuki pasar raya pada petang semalam di Numata, wilayah Gunma, utara Tokyo.

Haiwan itu mencederakan seorang lelaki berusia 70-an dan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dengan kecederaan ringan, demikian menurut pegawai polis dan bomba wilayah.

Menurut seorang pegawai perancangan pengurusan bagi rangkaian pasar raya itu, Hiroshi Horikawa, premis tersebut terletak berhampiran kawasan pergunungan, tetapi tidak pernah ada seekor pun beruang pergi ke situ sebelum ini.

“Ia masuk melalui pintu utama dan berada di dalam premis selama kira-kira empat minit,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


“Ia hampir naik ke atas peti ikan dan merosakkan kaca.

“Haiwan itu menolak timbunan avokado hingga berselerak dan memijaknya di bahagian buah-buahan,” tambah Horikawa.

Pengurus kedai memberitahu media tempatan bahawa sekitar 30 hingga 40 pelanggan berada di dalam kedai tersebut ketika itu.

Katanya, beruang tersebut menjadi gelisah kerana sukar mencari jalan keluar.

Sementara itu, seorang lelaki lain ditemukan mati, dipercayai akibat serangan beruang di lokasi berlainan iaitu di sebuah gunung di wilayah Iwate. – AFP

 

Pembeli menggigil lihat beruang masuk pasar raya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker