Onana ceria di Trabzonspor, tetap ‘rindu’ Man United
Onana ceria di Trabzonspor, tetap ‘rindu’ Man United

London: Penjaga gol yang disisihkan Manchester United, Andre Onana kini kembali ‘merasai kasih sayang’ selepas meninggalkan kelab itu secara pinjaman.
Namun pemain berusia 29 tahun itu tetap berhasrat untuk kembali ke Old Trafford bagi pra-musim seterusnya pada musim panas akan datang.
Onana menyertai Trabzonspor bulan lalu dengan kontrak pinjaman selama semusim, dan kelab Turki itu menanggung sepenuhnya gajinya sebanyak £170,000 (RM960,800) seminggu.
Pemain antarabangsa Cameroon itu disingkirkan selepas dua tahun bersama United, dengan penampilan terakhirnya dicemari kesilapan besar ketika kekalahan memalukan dalam Piala Liga kepada pasukan divisyen empat, Grimsby Town, Ogos lalu.
Sumber terdekat mendedahkan Onana berada dalam keadaan mental yang rendah selepas dua musim penuh tekanan di Manchester, di mana dia melakukan 102 penampilan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Kini di Trabzonspor, Onana dilaporkan lebih tenang dan kembali mendapat keyakinan diri. Pasukan itu kini berada di tangga kedua Liga Super Turki, di belakang juara bertahan, Galatasaray.
Onana sudah beraksi empat kali untuk kelab barunya dan meraih clean sheet pertama musim ini ketika kemenangan 4-0 ke atas Kayserispor hujung minggu lalu.
Menurut laporan SunSport, Trabzonspor begitu kagum dengan prestasinya sehingga sedang meneliti kemungkinan untuk menjadikan pinjaman itu kekal.
Sumber dalaman turut menyatakan Onana sangat memerlukan kasih sayang dan sokongan selepas melalui detik sukar di United, termasuk ketika sebahagian penyokong menyindir dan mengejeknya dalam perlawanan menentang Grimsby, sebelum kelab menandatangani penjaga gol baru, Senne Lammens, tidak lama selepas itu.
Onana ceria di Trabzonspor, tetap ‘rindu’ Man United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.