Maritim Malaysia tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran

Maritim Malaysia tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran

Maritim Malaysia tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran
20 kru warga China ditahan selepas kapal tangki bersauh tanpa kebenaran di 14.3 batu nautika daripada barat laut Muka Head pada jam 11.30 malam, semalam. Foto NSTP/Ihsan MARITIM MALAYSIA

GEOGRETOWN: Akibat bersauh tanpa kebenaran, sebuah kapal tangki bersama 20 kru warga China ditahan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang ketika pemeriksaan di perairan negeri ini, malam tadi.

Kapal tangki yang membawa muatan minyak gasolin itu ditahan pada kedudukan 14.3 batu nautika daripada barat laut Muka Head pada jam 11.30 malam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pemeriksaan mendapati kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran
Kapal tangki yang membawa muatan minyak gasolin itu ditahan Maritim Malaysia ketika rondaan di perairan Pulau Pinang. – Foto NSTP/Ihsan MARITIM MALAYSIA.

“Namun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal berkenaan tidak memiliki kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad Suffi, ketika pemeriksaan dan penggeledahan menyeluruh dilaksanakan, nakhoda kapal tangki yang berasal daripada Panama itu sukar bekerjasama terhadap pasukan penguatkuasa dengan tidak memberi dokumen penting berkaitan kapal berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Katanya, ada juga dalam kalangan kru kapal enggan membenarkan penguatkuasa turun ke bot peronda bagi melakukan penguatkuasaan seterusnya selepas selesai pemeriksaan dilakukan di atas kapal tangki berkenaan.

“Hasil rundingan dan penjelasan, penguatkuasa dibenar turun ke bot peronda Maritim Malaysia.

“Justeru, penahanan ini dilakukan kerana mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491B(1), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya lagi.

Susulan itu Muhammad Suffi berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang laut negara.

“Kita juga akan terus memperketat pengawasan khususnya terhadap aktiviti mencurigakan di perairan negeri ini,” katanya.

Maritim Malaysia tahan kapal tangki bersauh tanpa kebenaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker