Mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita serang Sultan Nazrin kerana tak waras
Mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita serang Sultan Nazrin kerana tak waras

IPOH: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menolak pengakuan bersalah seorang wanita yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada Ogos lalu.
Majistret Harith Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani memaklumkan laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta di sini menyatakan Nurshazwani Afni Mohamad Zorki, 41, menghidap skizofrenia dan tidak waras ketika kejadian.
“Pada masa ini, tertuduh telah diberi rawatan dan stabil. Tertuduh boleh dibicarakan dan memberikan pembelaan,” kata Nasrul Hadi pada prosiding sebutan semula kes itu.
Nurshazwani Afni didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada 8.20 pagi, 31 Ogos lepas.
Wanita itu didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin serta diarahkan melapor diri di Balai Polis Pusat Ipoh sebulan sekali pada setiap Isnin dan menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Pada 8 September lepas, dia dihadapkan ke mahkamah sama, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh diperintahkan menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, Ogos lalu, seorang wanita ditahan kerana menceroboh pentas utama dan cuba menyerang Sultan Nazrin ketika lagu kebesaran negeri berkumandang.
– BERNAMA
Mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita serang Sultan Nazrin kerana tak waras
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.