Lelaki hilang disyaki dibaham buaya
Lelaki hilang disyaki dibaham buaya

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai hilang selepas disyaki dibaham buaya di Sungai Silabukan, Indrawan Estate, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa berusia 27 tahun dilaporkan sedang membaiki pukatnya sebelum diserang reptilia berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penduduk sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pagi tadi pada jam 9.15 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Menurutnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang (OH) sementara operasi pencarian diteruskan di sekitar kawasan sungai berkenaan.
Sementara itu, Jimmy menasihatkan orang awam supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan berisiko yang berkemungkinan ada kehadiran buaya demi keselamatan diri dan orang sekeliling.
“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Ketua Polis Balai Lahad Datu, Inspektor Adzilee Suili di talian 014-8665087 bagi membantu siasatan,” katanya.
Lelaki hilang disyaki dibaham buaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.