Laporte ganti Huijsen

Laporte ganti Huijsen

Laporte ganti Huijsen
HUIJSEN (kanan) terpaksa melupakan aksi menentang Georgia. FOTO AFP

Madrid: Pertahanan Real Madrid, Dean Huijsen digugurkan daripada skuad Sepanyol bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia akibat kecederaan otot, dan tempatnya digantikan oleh Aymeric Laporte.

“Huijsen tiba di kem latihan pasukan kebangsaan Sepanyol pada malam Isnin dengan simptom keletihan otot,” menurut kenyataan rasmi Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

“Pada Selasa, beliau tidak menjalani latihan dan pada hari ini ujian perubatan mengesahkan kecederaan otot yang telah dimaklumkan kepada pihak Real Madrid.”

Pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun itu menyertai Los Blancos dari kelab Liga Perdana Inggeris, Bournemouth, pada musim panas ini dan membuat penampilan sulung bersama Sepanyol pada Mac dalam kejohanan Nations League.

Laporte, yang baru-baru ini kembali menyertai Athletic Bilbao merupakan tonggak utama dalam skuad Sepanyol yang menjuarai Euro 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Sebelum ini, pemain sayap Barcelona Lamine Yamal dan pemain tengah Manchester City Rodri Hernandez turut menarik diri daripada skuad akibat kecederaan bagi perlawanan menentang Georgia pada Sabtu dan Bulgaria pada 14 Oktober.

Sepanyol kini mendahului Kumpulan E selepas menewaskan Bulgaria dan Turki dalam dua perlawanan pembukaan kelayakan bagi kejohanan Piala Dunia musim panas depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Laporte ganti Huijsen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker