Jangkitan influenza: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi benar pelajar pulang, ikuti PdPR

Jangkitan influenza: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi benar pelajar pulang, ikuti PdPR

Jangkitan influenza: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi benar pelajar pulang, ikuti PdPR
Tangkap layar surat pelepasan pulang ke rumah dikeluarkan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di media sosial, hari ini, Foto NSTP/ Media sosial

KEPALA BATAS: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini memberi pelepasan pulang kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Empat bermula hari ini hingga 26 Oktober depan.

Langkah itu dibuat bagi memutuskan rantaian jangkitan influenza dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan MRSM berkenaan di laman sosial Facebook (FB), memaklumkan sepanjang tempoh itu semua pelajar yang terbabit akan mengikuti kelas pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimanapun, bagi pelajar Tingkatan Lima sekolah itu sesi pengajian bermula di kelas seperti biasa.

“Ibu bapa dan waris pastikan anak-anak masing-masing mengikuti PdPR yang telah dijadualkan.

“Sama-sama kita putuskan rantaian influenza dan sesi pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Lima, kelas akan berjalan seperti biasa,” menurut surat terbabit.

Pada ketika ini, tidak dapat dipastikan berapa jumlah pelajar atau kakitangan sekolah itu yang dijangkiti influenza.

Difahamkan, beberapa MRSM lain juga kini mengambil langkah sama termasuk kuarantin bagi mengekang penularan jangkitan penyakit berjangkit itu.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan kes jangkitan influenza di Pulau Pinang masih berada pada tahap terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi dilaporkan berkata, analisis terkini trend Survelan

Penyakit Seperti Influenza (ILI) berasaskan klinikal bagi tempoh Minggu Epid (ME) 32 hingga ME 37 tahun ini merekodkan kadar antara 9.5 hingga 10.5 peratus.

“Bagi Survelan ILI berasaskan makmal pula, kadar positif mencatat sedikit peningkatan iaitu antara 26.7 hingga 28.9 peratus, dengan Influenza A sebagai strain dominan.

“Namun, kadar positif ini masih lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024 iaitu antara 35.6 hingga 51.1 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan apa-apa syor daripada Kementerian Kesihatan berhubung pemakaian pelitup muka di sekolah bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit itu.

Jangkitan influenza: MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi benar pelajar pulang, ikuti PdPR


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker