Harimau antara haiwan terlepas dari pusat perlindungan akibat banjir

Harimau antara haiwan terlepas dari pusat perlindungan akibat banjir

Harimau antara haiwan terlepas dari pusat perlindungan akibat banjir
BEBERAPA ekor gajah terperangkap akibat banjir di Sungai Jaldhaka. – Foto TOI

NEW DELHI – Kawanan gajah dan harimau terlepas berkeliaran selepas banjir besar menenggelamkan dua pusat perlindungan hidupan liar terkenal di negeri Bengal Barat, India, kata pegawai negeri hari ini.

Sejak 3 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di seluruh negeri itu, apabila hujan lebat selama beberapa hari memusnahkan ratusan rumah, menghanyutkan ladang teh dan menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui.

Banjir itu juga menenggelamkan sebahagian besar Taman Negara Gorumara dan Jaldapara, kawasan perlindungan di kaki bukit Himalaya yang menjadi habitat gajah, bison, harimau dan badak sumbu satu tanduk yang terancam.

“Kedua-dua tempat perlindungan hidupan liar itu ditenggelami air banjir, memaksa haiwan-haiwan keluar,” kata Menteri Perhutanan Bengal Barat, Birbaha Hansda kepada AFP.

“Kawanan 30 ekor gajah dilihat keluar dan berlari melalui air sambil mengeluarkan bunyi dengan kuat. Kami tidak tahu berapa ekor gajah yang akan terselamat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


Seekor harimau bintang dilihat berusaha menempuh air, katanya, tetapi tidak kelihatan lagi selepas itu.

Haiwan lain pula tidak sempat menyelamatkan diri.

“Bangkai-bangkai haiwan yang mati mula timbul di tebing sungai,” katanya sambil menyenaraikan dua ekor harimau bintang, seekor badak sumbu dan beberapa ekor bison serta rusa antara yang mati.

Namun, beberapa ekor haiwan berjaya diselamatkan.

“Dua ekor gajah jinak dibawa untuk menarik keluar seekor badak sumbu dewasa dan dua anak gajah yang tersekat di tebing sungai,” tambahnya. – AFP

Harimau antara haiwan terlepas dari pusat perlindungan akibat banjir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker