Bas persiaran bawa pelajar, guru berlanggar dengan lori

Bas persiaran bawa pelajar, guru berlanggar dengan lori

Bas persiaran bawa pelajar, guru berlanggar dengan lori
Keadaan bas persiaran yang terbabit kemalangan di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Eco Park, di sini, pagi tadi. – Foto NSTP/ Ihsan POLIS.

KUALA KRAI : Sebuah bas persiaran yang dinaiki 34 pelajar dan enam guru berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Eco Park, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian jam 9 pagi itu tidak membabitkan sebarang kecederaan sama ada membabitkan penumpang bas dan pemandu lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata, bas yang membawa pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong Bachok itu dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang lori ketika lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun itu membrek kenderaan.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, namun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu bas yang mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat dan gagal membrek sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bas persiaran bawa pelajar, guru berlanggar dengan lori

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker