Abby Abadi Tegur Lelaki Gatal Kahwin Baru Tapi Culas Nafkah
“Tanggungjawab Ke Laut!”
Abby Abadi Tegur Lelaki Gatal Kahwin Baru Tapi Culas Nafkah
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Abby Abadi tampil bersuara lantang membela nasib wanita teraniaya apabila menegur sikap segelintir lelaki yang sanggup berkahwin baharu tanpa menyelesaikan tanggungjawab nafkah terhadap bekas isteri dan anak-anak. Bagi Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, perbuatan seperti itu bukan sahaja zalim, malah mencerminkan sikap lepas tangan terhadap amanah yang sepatutnya ditunaikan sebelum memulakan kehidupan baru.
“Kalau cerai, selagi kes belum selesai dan nafkah tertunggak tak boleh kahwin baharu, baru betul. Ini suka-suka nak kahwin cerai, kahwin cerai. Tanggungjawab ke laut,” tulisnya di Threads dengan nada tegas.
Pandangan Abby yang juga ibu kepada enam cahaya mata itu mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju dengan gesaan agar undang-undang diperketatkan terhadap lelaki culas. Rata-rata bersimpati melihat nasib ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak sendirian tanpa bantuan kewangan daripada bekas suami. Lebih menyedihkan, kata mereka, ada lelaki yang masih mampu bernikah lagi tanpa rasa bersalah sedangkan anak-anak sendiri diabaikan.
“Tunaikan dulu tanggungjawab terhadap anak-anak. Mereka juga darah daging si bapa,” tulis seorang pengguna Threads yang menyokong kenyataan Abby.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Dalam hantaran sama, pelakon Gerak Khas itu turut memberikan reaksi terhadap kisah tular seorang wanita yang nekad menerjah majlis pernikahan bekas suaminya semata-mata untuk mendapatkan tandatangan bagi kes nafkah tertunggak. Bagi Abby, tindakan wanita berkenaan bukanlah keterlaluan, sebaliknya satu bentuk perjuangan demi hak seorang anak kecil yang tidak pernah mendapat nafkah daripada bapanya sejak dua tahun lalu.
Menurut Abby, isu lelaki culas nafkah bukan perkara baharu tetapi semakin berleluasa kerana tiada tindakan tegas diambil. Beliau berharap mahkamah syariah di Malaysia dapat memperkukuhkan undang-undang supaya mana-mana lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan bekas isteri tidak dibenarkan berkahwin semula selagi hutang nafkah tidak diselesaikan.
Tegas Abby, perkahwinan bukan jalan untuk lari daripada tanggungjawab, sebaliknya ruang untuk membina keluarga yang diberkati. Namun bagi mereka yang memilih untuk mengulangi kesilapan, katanya, tindakan tegas adalah jalan terbaik agar keadilan buat wanita dan anak-anak tidak terus dipandang sepi.
Abby Abadi Tegur Lelaki Gatal Kahwin Baru Tapi Culas Nafkah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.