Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Haikal lepasi pusingan awal
Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Haikal lepasi pusingan awal

Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Terbuka Artik di Vantaa, Finland.
Pada aksi pusingan pertama hari ini, bekas juara dunia itu menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan keputusan 21-18, 21-15.
Pilihan utama kejohanan itu bakal berdepan rakan senegara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong pada aksi seterusnya.
Satu lagi pasangan negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri turut mara selepas mengejutkan gandingan ke-16 dunia dari China, Huang Di-Liu Yang 23-21, 22-20.
Mereka akan menentang sama ada pasangan Perancis Eloi Adam-Leo Rossi atau gandingan Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley dalam pusingan berikutnya.
Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Haikal lepasi pusingan awal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.