Ustaz dihempap pokok ketika balik kerja

Ustaz dihempap pokok ketika balik kerja

Ustaz dihempap pokok ketika balik kerja
Pegawai agama daerah Jempol maut selepas kereta yang dinaikinya dihempap pokok dekat Kampung Dioh, Kuala Pilah, malam tadi. – Foto pembaca

KUALA PILAH: Pegawai agama daerah Jempol maut selepas kereta Perodua Viva dinaikinya dihempap pokok tumbang dekat Kampung Dioh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.50 malam, mangsa Nawawi Husin, 39, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, PBK II Razidi Samik berkata pihaknya terima panggilan kecemasan jam 10.52 malam.

“Anggota Bomba mengeluarkan lelaki berumur 39 tahun tersepit dalam kereta,” katanya dihubungi, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, berkata ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Jempol menghala ke Seremban.

“Difahamkan cuaca ketika ketika kejadian tidak hujan atau ribut. Hasil siasatan awal mendapati, ketika mangsa memandu seorang diri sebatang pokok dikatakan tumbang dan menghempap kereta dinaikinya.

“Mangsa disahkan maut di lokasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, untuk proses bedah siasat,” katanya.

Ustaz dihempap pokok ketika balik kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker