Sindiket ‘Fly-by-Night’ tipu beli alat ganti kenderaan tumpas, enam ditahan
Sindiket ‘Fly-by-Night’ tipu beli alat ganti kenderaan tumpas, enam ditahan

MARAN: Polis menumpaskan sindiket penipuan pembelian alat ganti kenderaan dan jentera berat dikenali sebagai Fly-by-Night yang aktif sejak tiga bulan lalu, membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM273,000.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang membawa kepada operasi khas di Cheras dan Semenyih, Selangor pada 29 September lalu, selepas menerima laporan pertama pada 25 September.
“Dua suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun dan lelaki tempatan berusia 52 tahun ditahan, manakala empat lagi ditahan dalam operasi susulan di Kajang, Selangor dan Kuching, Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob dan Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai.
Yahaya berkata, semua enam suspek membabitkan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 34 hingga 52 tahun itu, dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan dadah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Katanya, modus operandi sindiket itu ialah memesan barang menerusi WhatsApp sebelum menghantar slip bayaran palsu (IBG/GIRO) kepada pengusaha kedai alat ganti dan bengkel.
“Mangsa kemudian menyerahkan barang melalui perkhidmatan syarikat penghantaran.
“Selepas barang diambil, suspek menjualnya semula kepada pembeli lain,” katanya.
Siasatan mendapati, dua suspek awal yang ditahan hanya pekerja kedai, manakala empat lagi tangkapan susulan di Kajang dan Kuching masih dalam siasatan JSJK Selangor.
“Suspek utama dikenali sebagai ‘Lee’ atau ‘Wilson’ dipercayai menjadi dalang utama sindiket yang mengarahkan pekerja mengendalikan urus niaga palsu serta penghantaran barangan hasil penipuan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan sindiket bernilai lebih RM100,000, termasuk komponen jentera berat, minyak enjin, bateri kereta, telefon bimbit dan cop getah syarikat palsu.
Yahaya berkata, lapan kes penipuan dikesan di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Sindiket ‘Fly-by-Night’ tipu beli alat ganti kenderaan tumpas, enam ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.