RM216 juta tapi tak main, Zirkzee tuntut kebebasan
RM216 juta tapi tak main, Zirkzee tuntut kebebasan

Manchester: Penyerang Belanda, Joshua Zirkzee, dilaporkan semakin kecewa di Manchester United dan kini berhasrat meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan Januari depan.
Menurut laporan media England, United menolak sebarang tawaran untuk melepaskan Zirkzee pada musim panas lalu meskipun menerima minat serius daripada Napoli dan Juventus di Itali serta PSV Eindhoven di Belanda.
Namun, situasi semakin tegang apabila pemain berusia 24 tahun itu masih belum membuat sebarang penampilan dalam kesebelasan utama musim ini, sebaliknya hanya diturunkan empat kali sebagai pemain gantian.
Akhbar Daily Mail semalam melaporkan tahap kekecewaan Zirkzee di Old Trafford kini “meningkat secara ketara” sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.
Difahamkan, Zirkzee mahu berpindah bagi meningkatkan peluangnya tersenarai dalam skuad Belanda ke Piala Dunia 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Nama Zirkzee juga tidak termasuk dalam senarai pemain pilihan Ronald Koeman bagi perlawanan kelayakan menentang Malta dan Finland minggu ini.
Sejak berhijrah dari Bologna dengan yuran perpindahan bernilai £36.5 juta (RM216 juta) pada Julai 2024, Zirkzee gagal menyerlah di Old Trafford, hanya menjaringkan tujuh gol dalam 53 penampilan.
Bekas bintang United, Lee Sharpe, sebelum ini menggesa ketua jurulatih, Ruben Amorim, memberi lebih banyak minit permainan kepada Zirkzee.
“Saya rasa Zirkzee sepatutnya diberikan peluang beraksi,” kata Sharpe kepada AceOdds.com. “Saya peminat besar Zirkzee. Dia wajar bermain menggantikan Amad (Diallo) di posisi nombor 10, atau mungkin juga mengambil alih tempat (Benjamin) Sesko.”
RM216 juta tapi tak main, Zirkzee tuntut kebebasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.