Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar [VIDEO]

Teruk Dikecam Selepas Kunjungi Butik DIOR

Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar [VIDEO]

Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar [VIDEO]

Baru-baru ini nama Fattah Amin dan Amira Othman hangat diperkatakan selepas tular sebuah video yang memperlihatkan pasangan selebriti ini memasuki sebuah premis butik DIOR di Paris.

Video pendek yang tular di media sosial telah mendapat perhatian kerana ada segelintir netizen mengecam tindakan pasangan selebriti ini yang disifatkan tidak memboikot salah satu jenama yang memberi sokongan kepada Israel.

Memetik kenyataan netizen daripada beberapa portal media tempatan, tindakan Fattah dan Amira mengunjungi butik DIOR itu dianggap tidak sensitif dan peka dengan isu semasa.

Tindakan pasangan selebriti ini juga dianggap tidak sesuai kerana dalam tempoh yang sama, sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang terdiri daripada rakyat Malaysia sedang berusahan untuk menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Bukan itu sahaja, sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan ini turut diculik dan dipenjarakan oleh tentera Israel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


View this post on Instagram

A post shared by Sakirin Shak (@sakirinaca90)

Melihatkan pasangan selebrit ini teruk dikecam di media sosial, pengurus Fattah Amin yang dikenali sebagai Sakirin Acha tampil memperjelaskan situasi sebenar.

“Sebab kan I benda tu menjadi buah mulut orang, fitnah dan menjadi ruang untuk orang bercakap benda-benda negatif. I ni bukan kaki content. First of all, I nak minta maaf kat Mira, kesian dekat dia sebab Mira ni seorang manusia yang sangat berjaga-jaga tutr katanya, perbuatannya dan segala-galanya.”

Jelas Sakirin Acha atau lebih gemar disapa sebagai Acha, kejadian tersebut terjadi selepas Amira mahu mengambil telefon pintarnya selepas menumpang beg pengurus Fattah itu. Mereka kemudiannya berjanji untuk berjumpa di DIOR kerana Acha mahu membeli-belah di butik tersebut.

“Saya pun dapat call daripada Fattah, dia tanya phone Mira dalam beg, Mira nak phone. Lepas tu saya cakap, “Saya on the way nak pergi DIOR”. Saya memang nampak diorang dua, saya tengah pegang phone. Memang diorang tak nampak saya pun.

Memang nampak di depan dia sebab diorang ingatkan I dah dekat dalam DIOR. So dia terus masuk, Fattah tak call. Dia masuk dia tunggu tercegat kat tepi tu.”

Walau bagaimanapun, Acha berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi dan meminta semua untuk bertanya kepadanya dahulu untuk pengesahan sebelum membuat spekulasi mengenai pasangan selebriti tersebut.

Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker