Pekerja kilang maut tersepit mesin pengisar batu

Pekerja kilang maut tersepit mesin pengisar batu

Pekerja kilang maut tersepit mesin pengisar batu
Pekerja maut selepas tersepit di dalam mesin pengisar batu di sebuah kilang di Kuching hari ini. – Foto JBPM

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di Ibraco, Jalan Express Way, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Syahmizi Abu Bakar, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kita-kira jam 9.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.40 pagi.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

Sebaik tiba di lokasi, beliau berkata, pasukan bomba mendapati mangsa yang juga pekerja di kilang itu tersepit pada bahagian kipas mesin pengisar batu.

“Anggota kami melakukan penilaian awal (size-up) sebelum bertindak membuka nat pada bahagian kipas mesin untuk mengeluarkan tubuh mangsa, namun usaha awal itu gagal.

“Operasi diteruskan dengan bantuan pekerja di lokasi untuk menolak kipas mesin dan akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.33 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pekerja kilang maut tersepit mesin pengisar batu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker