Pakai jersi Liverpool, pemandu bas ‘diserang’ penyokong Chelsea

Pakai jersi Liverpool, pemandu bas ‘diserang’ penyokong Chelsea

Pakai jersi Liverpool, pemandu bas 'diserang' penyokong Chelsea
ISAAC dikepung penyokong Chelsea hanya kerana memakai baju Liverpool. -FOTO Facebook

London: Seorang pemandu bas dipecat selepas mencetuskan kekecohan apabila kenderaannya dikerumuni penyokong Chelsea yang meraikan kemenangan pasukan itu ke atas Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

Pemandu berkenaan, Isaac, 21, yang enggan mendedahkan nama penuhnya, sedang bertugas memandu bas pengganti tren pada Sabtu malam apabila penyokong Chelsea menyedari dia memakai jersi Liverpool ketika berada di tempat duduk pemandu.

Insiden itu menjadi tidak terkawal apabila sekumpulan penyokong mula mengetuk tingkap dan mengejeknya dari luar selepas kemenangan dramatik 2-1 pasukan mereka di Stamford Bridge.

Rakaman video kejadian yang tular di Facebook dan media sosial lain memaparkan suasana kecoh di luar stadium, dengan bas berkenaan berhenti dan menyebabkan gangguan trafik serta kelewatan serius sekali gus membawa kepada pemecatan Isaac oleh majikannya.

Dalam satu temubual bersama TalkTV, Isaac yang tampil dengan jersi putih dan hijau Liverpool sama seperti yang dipakainya ketika insiden berlaku, menjelaskan dia tidak menyangka akan melalui kawasan stadium Chelsea pada malam kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas


“Saya terima e-mel rasmi (pemecatan) pagi itu. Saya bangun seperti biasa untuk bekerja tak tahu pun laluan saya akan melalui Stamford Bridge. Jersi Liverpool itu saja yang bersih untuk saya pakai.

“Kalau tengok video itu memang nampak lucu, tapi sebenarnya menakutkan. Mereka tolak tingkap bas sampai terbuka dan saya terpaksa pegang rapat supaya tidak dibuka. Mereka betul-betul kepung saya dalam bas. Akhirnya, polis datang dan kawal keadaan sebelum saya dibenarkan balik ke depot,” katanya.

Isaac, penyokong tegar Liverpool dari selatan London, dipecat pada Isnin oleh A1 Transport Recruitment, syarikat pembekal pemandu agensi kepada Transport for London (TfL).

“Disebabkan peraturan GDPR, kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara ini. Kes ini sedang ditangani melalui proses dalaman,” kata kenyataan syarikat itu.

Isaac bagaimanapun tidak menahan kekecewaan terhadap Datuk Bandar London, Sadiq Khan, dan pihak TfL selepas pemecatannya.

“Saya rasa TfL kini tak lagi ada rasa prihatin. Ia tidak dikendalikan dengan cara yang betul,” katanya kesal.

 

Pakai jersi Liverpool, pemandu bas ‘diserang’ penyokong Chelsea


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misi Global Sumud Flotilla Gagal?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker